![]() ![]() Hello World! Im Miraa and im 13 years young.This is my blog, my rules, my world. No ripping, spamming, or any type of childish acts.I ban those people.I need your respect when you're in my blog.Can't follow them? click the [x] mark above! ![]() ► My Stuff ► My Friends ► My Diary ![]() ![]() Template & Skin by : Husnaa. Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
| Kemalangan Menjelang Hari Raya
Saturday, 10 September 2011 | 20:32 | 0 Sweet Cupcake
Aku tersentak daripada tidur setelah terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di luar rumah.Aku bergegas ke luar rumah untuk mencari kepastian.Aku ternampak sebuah lori melintang di atas jalan raya. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati satu kemalangan jalan raya telah berlaku.Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori pasir dengan sebuah kereta pacuan empat roda.Kreta tersebut tercampak ke dalam parit kecil di tepi jalan raya. Orang ramai mula mengerumi tempat kejadian.Mereka segera menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.Aku berdoa agar mereka yang mengalami kecederaan dapat diselamatkan. Aku dan orang ramai cuba mengeluarkan pemandu dan penumpang dalam kereta.Setelah kesemua mangsa di dalam kereta itu dapat dikrluarkan, kami meminta bantuan untuk menghantarkan mereka ke hospital.Seorang pemandu van berbangsa india secara sukarela sanggup menghantar mangsa kemalangan tersebut. Serpihan kaca bertaburan di atas jalan raya.Sejurus kemudian, pihak polis pun tiba.Keadaan jalan raya mulai terkawal. Beberapa orang anggota polis menjalankan siasatan untuk mencari punca berlakunya kemalangan tersebut. Aku melangkah meniggalkan tempat tragedi itu.Aku amat sayu apabila terpandang beberapa batang lemang di bahagian belakang kereta itu.Petang itu aku tidak berselera untuk berbuka puasa,kerana masih terbayangkan peristiwa ngeri itu.
|